Blog

Musalsal Bil Awwaliyyah | Hadith tentang Rahmah

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو  ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّاحِمُونَ يَرْحَمُهُمُ الرَّحْمَنُ ، ارْحَمُوا مَنْ فِي الْأَرْضِ يَرْحَمْكُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ

Ertinya:

Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru berkata; Rasulullah -sallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda:

“Orang yang bersifat rahmat akan dikasihi oleh (Allah) Yang Maha Pengasih, maka bersifat rahmahlah kepada penduduk di bumi, nescaya kamu akan dikasihi oleh penduduk di langit.”

Takhrij:

Hadith riwayat al-Imam Ahmad, al-Tirmizi, Abu Daud, al-Hakim dalam al-Mustadrak ‘Ala Sahihain dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra.

Hukum hadith:

al-Imam al-Tirmizi menyatakan: “Hadith ini adalah Hasan Sahih.”

Advertisements

Hadith Tentang Niat

عَنْ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ  رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ:  إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى ، فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ إِلَى امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا ، فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ

Ertinya:

“Daripada Amirul Mukminin Abi Hafs ‘Umar bin al-Khattab -radhiyallahu ‘anhu- berkata; Aku mendengar Rasulullah -sallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda:

Hanyasanya sesuatu amalan itu adalah berdasarkan niat. Hanyasanya (ganjaran) bagi setiap seseorang itu (adalah berdasarkan) apa yang diniatkan. Barangsiapa yang hijrahnya adalah kerana Allah dan Rasul, maka (pahala) hijrahnya adalah kepada Allah dan Rasulnya, dan barangsiapa yang hijrahnya semata-mata kerana dunia yang ingin diraih atau wanita yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya adalah kepada apa yang dia niatkan.”

Takhrij Hadith:

Hadith riwayat al-Imam al-Bukhari dan Muslim

-Al-Imam al-Bukhari mengeluarkan hadith ini pada 7 tempat di dalam kitab Sahihnya hadith no. 1, 54, 2529, 3898, 5070, 6689, 6953.

-Al-Imam Muslim mengeluarkan hadith ini dalam kitab Sahihnya, hadith no. 3/1515.

Uncategorized

Alhamdulillah, segala puji dan syukur kepada Allah atas rahmat dan taufiqNya. Selawat dan salam dihulurkan kepada Rasulullah -sallallahu ‘alaihi wasallam- atas limpahan suluhan kepada cahaya hidayah Allah, seterusnya selawat dan salam kepada ahli keluarga baginda, para sahabat, tabi’in dan para ulama’ yang terdahulu.

 

Laman ini adalah sebagai sedikit usaha kecil dalam menyebarkan mutiara kata, nasihat dan petunjuk daripada kekasih Allah dan seluruh muslimin sebagai panduan untuk melayari kehidupan di dunia untuk sampai ke matlamat akhir iaitu kembali kepada Allah.